[BERITA: Kursus Fotografi]


KAHERAH, 14 November 2014 – Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan  Kursus Fotografi pada 11 November 2014 yang lepas. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan serba sedikit mengenai fotografi dan secara tidak langsung mencungkil bakat ahli BKAWM dalam bidang ini.


                Kursus yang bermula pada pukul 8.00 malam ini telah disertai oleh 10 orang siswa dan 11 orang siswi dan telah berlangsung di Dewan Sri Putra, ARWP. Penyertaan peserta kursus amat memberangsangkan kerana bilangan peserta telah memenuhi sasaran program. Kursus tersebut telah disampaikan oleh saudara Muhammad Luqman Hakim bin Abdul Halim yang merupakan  mantan Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2013/2014.

                Para peserta telah diberi pelbagai input  yang menarik mengenai seni fotografi dan juga pengenalan berkaitan penggunaan kamera ‘Digital Single Lens Reflex’ atau lebih dikenali sebagai kamera DSLR. Bagi memastikan sesi penerangan menjadi lebih efektif, pihak penganjur turut menyediakan model-model kamera dan aksesori-aksesori yang berkaitan serta membekalkan peserta dengan kertas kerja.

                Pihak BKAWM berharap agar melalui program ini dapat mencetuskan minat dalam kalangan ahli khususnya dalam bidang seni fotografi seterusnya mampu melahirkan ahli yang mahir dalam bidang ini. Semoga ilmu yang telah dipelajari diniatkan untuk diamalkan dan  dimanfaatkan kepada orang lain lebih-lebih lagi dalam melaksanakan gerak kerja dakwah.


“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
"Satu Fikrah Satu Amal"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]