Sambutan Hari Asyura BKAWM



KAHERAH,3 November 2014 - Bersempena dengan Hari Asyura pada 10 Muharram, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Sambutan Hari Asyura
khas untuk anak-anak  Wilayah Persekutuan, bermula 9 Muharram dan berakhir pada 10 Muharram.
    
             Pada dua hari tersebut,pihak LDPI telah mengadakan iftar jamaie bertempat di Surau Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

           Pada 10 Muharram, kesemua anak wilayah telah bergotong-royong memasak bubur lambuk sebagai satu simbolik kepada sambutan tersebut. Sejurus selepas solat isyak, aktiviti diteruskan lagi dengan tazkirah khas sempena Hari Asyura yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Arif Bin Haron, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Mesir (BKPJM) sesi 2014/2015. Aktiviti diteruskan lagi dengan pelancaran Discussion Group (DG) yang dikendalikan oleh Ustaz Muhd Syazwan Syamil Bin Muhd Razman, Ketua Unit Fasilitator LDPI bagi sesi ini. Gimik pelancaran DG telah disempurnakan oleh Ustaz Muhd Yasin Bin Awang selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2014/2015 dengan bacaan ayat al-Quran daripada surah al-baqarah, ayat 101-103. Program yang dijalankan selama dua hari berturut-turut ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari seluruh warga BKAWM khususnya.

          Diharap, aktiviti sebegini mampu memupuk semangat ukhuwah di kalangan ahli di samping dapat mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa kebesaran Islam.
"BKAWM Keluarga Kita"
"Satu Fikrah Satu Amal"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]