KESELAMATAN MENJADI TUNTUTAN DALAM ISLAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya balasan bagi orang yang memerangi Allah dan Rasulnya serta melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka akan dibunuh dan disalib atau dipotong tangan dan kaki bertimbal balik atau dibuang negeri itu adalah penghinaan bagi mereka di dunia dan akhirat nanti merka akan beroleh siksaan yang amat besar.
(Surah al-Maidah ayat 33)

Keselamatan adalah merupakan perkara yang menjadi keperluan asas bagi setiap insan untuk hidup bahagia di dunia ini. Islam merupakan suatu agama yang memandang berat terhadap aspek keselamatan umatnya dan alam seluruhnya. Ini sesuai dengan pengertian yang terangkum di dalam istilah الإسلام itu sendiri yang bermaksud “selamat dan sejahtera.

Isu keselamatan di Mesir merupakan suatu isu yang amat menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini. Hari ini, jika kita melihat seluruh peringkat berusaha keras untuk menjaga keselamatan para pelajar Malaysia sama ada di peringkat PMRAM, KBMK mahupun Badan-badan Kebajikan Anak Negeri.  Pelbagai isu yang telah melibatkan pelajar-pelajar Malaysia daripada kes visa sehinggalah kepada kes rompakan serta pecah rumah. 

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) juga tidak terkecuali dalam memberikan perhatian dan mengambil berat terhadap isu-isu keselamatan di Mesir ini  terutama yang berlaku ke atas anak-anak Wilayah Persekutuan khususnya. BKAWM  berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan keselamatan dan kebajikan ahli menjadi keutamaan untuk dilaksanakan dan diselesaikan.  BKAWM sentiasa  menyarankan kepada setiap ahli untuk  merujuk dan memaklumkan setiap perkara yang berlaku untuk memastikan keselamatan setiap ahli berada dalam keadaan yang terbaik.

Selain itu, BKAWM menyarankan agar setiap ahli untuk mengikuti pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK untuk keadaan-keadaan tertentu supaya berada dalam keadaan yang baik. Kita juga mengharapkan setiap ahli untuk meningkatkan tahap keselamatan diri, rumah dan keadaan sekeliling. Hal ini kerana ingin mengelakkan daripada segala perkara yang tidak diingini berlaku. BKAWM menyeru sekali lagi kepada setiap ahli untuk bersama-sama memastikan keselamatan individu berada dalam tahap yang selamat serta mematuhi setiap pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Di samping itu, ahli juga hendaklah melaporkan keadaan dari semasa ke semasa berkaitan dengan keselamatan masing-masing.

BKAWM berharap agar semua ahli sentiasa cakna dan mengambil berat keadaan dan suasana Mesir memandangkan isu politik negara ini masih berada dalam keadaan yang tidak stabil. Kita menyarankan kepada ahli untuk mengelakkan diri daripada sebarang aktiviti yang melibatkan penduduk Mesir. Semoga niat kita untuk menuntut ilmu ini di bumi Mesir di permudahkan dan dipelihara oleh Allah serta melindungi kita semua daripada sebarang musibah.

“BKAMW Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal



MUHAMMAD YASIN BIN AWANG
YANG DIPERTUA
BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR
SESI 2014/2015

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]