MASYUK 2.0 MERAIKAN USAHA AHLI


         KAHERAH, 16 APRIL 2015- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan satu Majis Kesyukuran (MASYUK 2.0) bersempena dengan perpindahan ahli Wilayah Persekutuan ke penempatan sementara di Hayyu Safarat.

          MASYUK 2.0 pada kali ini yang bertemakan " Bersama Bersatu " adalah bertujuan untuk meraikan penat lelah ahli BKAWM yang berada di asrama mahupun rumah sewa serta tidak dilupakan juga kepada BKAN taakhi iaitu PMRAM Cawangan Terengganu yang banyak membantu sepanjang tempoh perpindahan berlangsung.



          Majlis bermula dengan bacaan doa selamat serta hidangan makanan berbuka puasa kepada semua yang hadir. Kemudian diteruskan lagi dengan pengisian rohani iaitu Solat Sunat Hifzi yang diimamkan oleh tetamu jemputan. Sejurus selepas itu, telah berlangsungnya pelancaran nama penempatan sementara iaitu Asrama Sementara Wilayah Persekutuan (ASWP) oleh Haji Ahmad Yahya bin Mohd Haniff selaku Pegawai Atase Wilayah Persekutuan.

          Di samping itu juga, MASYUK 2.0 turut diserikan lagi dengan Sembang Santai ‘Just Do It’ dari panelis Muhammad Syazwan bin Hamzah dan Munirah Ahmad Rosdi. MASYUK2.0 di akhiri dengan Sambutan Hari Lahir oleh Lajnah Kebajikan, tayangan video dan santapan makan malam.


“Bersama Bersatu”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]