IHTIRAM'15 & TAKWA'15: Meribat Tautan antara Ahli BKAWM di Perantauan

KAHERAH, 23 Julai – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program Ihya’ Tarbawi Ramadhan 2015 (IHTIRAM’15) dan program Tautan Aidilfitri Keluarga Wilayah Persekutuan 2015 (TAKWA’15).

Program yang berdurasi selama lebih 30 hari ini telah berjaya membawakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada ahli antaranya muhadharah bersama Sheikh Rifaat, daurah kitab Maqasid Soum, ziarah ke rumah anak yatim, iftar jama’i, masjid hopping, pertandingan raya, rumah terbuka dan banyak lagi
Antara objektif terbesar IHTIRAM’15 ialah “Menghidupkan dan menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam ibadah dan kehidupan” telah dapat direalisasikan melalui Unit Pengisian Sunnah yang banyak memberi pendedahan tentang sunnah Rasulullah SAW semasa di bulan Ramadhan dan Syawal. Program TAKWA’15 yang berkonsepkan ketakwaan sebagai natijah kepada tarbiah Ramadhan pula dapat direalisasikan dengan penganjuran program hari raya yang serba sederhana tetapi meriah dengan kepulangan ahli BKAWM dari pelbagai kawasan.

 Semoga tarbiah Ramadhan menjadi permulaan kepada kita untuk terus mengekalkan momentum ibadah sepanjang tahun dan ukhuwah yang dibina sepanjang Syawal ini berpanjangan dan kekal selamanya.

"Penghayatan Ramadan Membentuk Jati Diri insan" 
“Raikan Tautan, Maknakan Ketakwaan” 
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan” 
 Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]