KURSUS COMPASS: Mendedahkan Asas Penting dalam Ilmu Klinikal

KAHERAH, 7 Julai – Program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2015 (IHTIRAM’15) telah berjaya menganjurkan kursus klinikal Vascular Access bagi ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) jurusan Sains Kesihatan pada 4 Julai lalu. Kursus yang bertempat di COMPASS Teaching and Training Centre, Hayyu Thamin ini dianjurkan bagi memberi pendedahan serta menajamkan kebolehan pelajar Sains Kesihatan untuk berdepan dengan pesakit kelak.

Kursus ini disertai oleh 30 orang pelajar dan dibimbing oleh 3 orang doktor yang bertugas di Hospital Kasr el-Ainy dan Hospital Tentera. Pelbagai teknik diajarkan oleh 3 orang doktor ini, antaranya cara suntikan, cara mengambil darah, cara menyuntik ubat dan banyak lagi. Walaupun kursus ini memfokuskan pelajar Sains Kesihatan, menakjubkan apabila 2 orang pelajar Pengajian Islam turut serta dalam kursus ini dan menunjukkan prestasi yang sangat baik semasa slot praktikal.

Kursus yang turut melibatkan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP
ini membuktikan bahawa ahli BKAWM sangat komited dalam menuntut ilmu serta menambah ilmu sampingan untuk menjadi bekalan menghadapi masyarakat di Malaysia kelak. Memetik ucapan Timbalan Pengarah IHTIRAM’15 semasa majlis perasmian tempoh hari, “IHTIRAM’15 hanyalah wasilah atau pembuka jalan kepada semua orang untuk mengejar kebaikan, hanya orang itu yang menentukan sama ada dia mahu atau tidak. Jika bersemangat dan punyai azam yang tinggi, Insya Allah banyak faedah yang boleh diambil sepanjang Ramadan ini.”
Berbaki 10 hari lagi untuk bulan Ramadan, masih banyak aktiviti menarik yang IHTIRAM’15 akan jalankan, antaranya ziarah ke rumah anak yatim, Masjid Hopping, wacana ilmiah, Daurah Linnisa’ dan banyak lagi. Mari sama-sama kita sertai. “Penghayatan Ramadan Membentuk Jati Diri Insan” “Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]