Posts

Showing posts from July, 2015

TAJHIZ JENAZAH : Menguruskan Jenazah Secara Teori & Praktikal

Image
KAHERAH, 1 Julai – Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2014/2015 dengan kerjasama Program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2015 (IHTIRAM’15) telah berjaya menganjurkan kursus Tajhiz Jenazah bagi ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Kursus ini telah diadakan di Surau Darul Madani, Asrama Sementara Wilayah Persekutuan. Kursus ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada ahli berkenaan cara-cara pengurusan jenazah dengan betul.

IHTIRAM'15 & TAKWA'15: Meribat Tautan antara Ahli BKAWM di Perantauan

Image
KAHERAH, 23 Julai – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program Ihya’ Tarbawi Ramadhan 2015 (IHTIRAM’15) dan program Tautan Aidilfitri Keluarga Wilayah Persekutuan 2015 (TAKWA’15). Program yang berdurasi selama lebih 30 hari ini telah berjaya membawakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada ahli antaranya muhadharah bersama Sheikh Rifaat, daurah kitab Maqasid Soum, ziarah ke rumah anak yatim, iftar jama’i, masjid hopping, pertandingan raya, rumah terbuka dan banyak lagi

IHTIRAM '15: Komik Ramadan

Image

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR 14 JULAI 2015

Image
ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut :

KURSUS COMPASS: Mendedahkan Asas Penting dalam Ilmu Klinikal

Image
KAHERAH, 7 Julai – Program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2015 (IHTIRAM’15) telah berjaya menganjurkan kursus klinikal Vascular Access bagi ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) jurusan Sains Kesihatan pada 4 Julai lalu. Kursus yang bertempat di COMPASS Teaching and Training Centre, Hayyu Thamin ini dianjurkan bagi memberi pendedahan serta menajamkan kebolehan pelajar Sains Kesihatan untuk berdepan dengan pesakit kelak.

IFTOR JAMAIE 2015: Bukti Kebersamaan Antara BKAN

Image
HAYYU ‘ASYIR,11 Jul ai 2015 :- Suasana Ramadan 1436H di Mesir terus meriah dengan penganjuran Ifthor Jamaie yang dianjurkan bersama seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia dan Muslim Care Malaysia Society.

Majlis Perasmian IHTIRAM '15: Menyambut Ramadan yang Dinantikan

Image
KAHERAH, 30 Jun – Sebuah majlis perasmian telah diadakan pada 18 Jun yang lalu di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan (ASWP) bagi membuka tirai Program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2015 (IHTIRAM’15) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM). Majlis yang dihadiri oleh ahli BKAWM sekitar Kaherah dan beberapa cawangan lain seperti Shoubra dan Mansurah ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Pengarah IHTIRAM’15, Saudari Nurul Hannah binti Kushairi serta Yang Dipertua BKAWM, Saudara Muhammad Yasin bin Awang.

IHTIRAM '15: Komik Ramadan

Image
"Penghayatan Ramadan Membentuk Jati Diri Insan" "Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan" Satu Fikrah Satu Amal

KEPULANGAN PERMATA BKAWM

Image
Kaherah, 1 JUN 2015 - Pada 26 Mei 2015 bersamaan hari Ahad, seorang permata BKAWM, saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah telah pulang ke tanah air. Beliau telah berangkat daripada Asrama Sementara Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabiek. Kepulangannya pada hari tersebut telah diraikan oleh mahasiswa di bumi Mesir  terutamanya ahli BKAWM. Beliau yang telah banyak berkhidmat kepada mahasiswa di bumi Mesir ini merupakan graduan kuliah Usuluddin Jabatan Tafsir al-Azhar cawangan Tanta.