HARI MAKTABAH


 KAHERAH, 28 Januari 2016 - Hari Maktabah telah diadakan di bawah Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, ARWP pada 28 dan 29 November 2015 yang lalu. Hari Maktabah ini bertujuan untuk menghidupkan kembali suasana ilmiah khususnya di dalam perpustakaan (maktabah). Ini kerana biah atau suasana ilmiah ini sangat penting untuk memberi rangsangan kepada ahli-ahli BKAWM terutamanya kepada mereka yang menghadapi peperiksaan.



Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan semasa Hari Maktabah ini. Antaranya ialah penerangan asas tentang buku-buku (kitab-kitab) yang terdapat di dalam maktabah yang telah disampaikan oleh saudara Muhammad Umar bin Malcolm bagi siswa dan saudari Sahilah binti Mad Isa bagi siswi untuk kitab pengajian Islam dan saudara Wan Syahmin bin Wan Zaini bagi siswa dan saudari Nurzuliana binti Zulkarnain bagi siswi untuk kitab pengajian perubatan.
Seterusnya, diadakan pula aktiviti debat di kalangan ahli yang bertujuan untuk menambahkan pengetahuan ahli tentang isu semasa yang berlaku di tanah air kita. Aktiviti debat ini juga bertujuan untuk melahirkan ahli BKAWM yang tidak gentar dan lantang bercakap di hadapan khalayak ramai. Johan bagi pertandingan debat ala parlimen sempena Hari Maktabah ini ialah kumpulan Bilik 602 siswa dan kumpulan Tingkat 5 siswi. Bagi pendebat terbaik pula bagi siswa ialah Ahmad Munawar bin Ahmad Wardi manakala bagi siswi pula ialah Alia Yasirah binti Sabri.
Pihak BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli yang terus bersama-sama mndukung BKAWM sama ada dalam senang mahupun susah. Semoga setiap penat lelah yang kita hadapi bersama mendapat keberkatan dan diterima di sisi-Nya. Bersama Bersatu! BKAWM Keluarga Kita!

"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]